Assalamualaikum
Warning!!!
**Entry ini mengandungi kandungan 18SX! Kepada yang belum baligh sila dapatkan bimbingan daripada ibu bapa anda. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul setelah membaca entry ini. Ini adalah kisah benar yang dilalui sendiri.
Pagi yang sungguh hening, terasa berat sekali hatiku meninggalkan gebarku ini. Namun, mentari telah tinggi di langit biru yang utug berdiri tanpa bertiang itu. Panahan yang sangat menyilaukan. Digagahkan juga mata kuyuku dibuka. Menggaru-garu badan yang tidak gatal, aku melangkah perlahan masuk ke bilik mandi yang terletak di penjuru kamar. Ah! Pasti dingin sekali.
Masuk di bilik air, memijak saja lantai yang sejuk itu, bulu romaku berdiri. Ditanggalkan baju, seluar dan disangkut di penyidai yang ada di situ bersama tualaku. Krik krik.. Aku terpana. Sesuatu benda sedang bergerak di dalam bilik mandi ini. Yang pasti aku bukan sendirian. Pintu masih tertutup rapat. Mataku lantas terpandang lembaga yang tadinya bersembunyi di balik pintu...
Opocottt mak!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Aku menjerit sekuat hati. Namun suaraku seakan terlekat di kerongkong menjadikan suasana sunyi seketika. Lembaga itu memandangku, Sekujur tubuh seksi yang mungkin menambat hatinya. Aku tergamam memandang lembaga itu. Kami bertentangan mata. Dia dalam keadaan tanpa seurat benang. Aku tidak dapat bertahan lagi. Kemudian...
Cut!!!
Wei wei wei. Apa yang korang bayang ha? Jangan noty noty, tak baik. Aku dan lembaga itu, tidak buat apa-apa ya. Nak buat apa lagi? Lari la bila nampak seekor biawak sebesar betis aku ada dalam bilik air tu. Ya, biawak. Ekceli aku tak terus lari pun. Pelan-pelan aku bukak pintu. Tetiba dia bergerak dan time tu la aku terus lari menjerit-jerit dalam rumah. Aisehh. Habis hilang kejantanan aku.
Lebih kurang spesies hitam camni la. |
Kurang hasam kau biawak. Korang boleh bayang tak? Seekor biawak panjat masuk ke dalam bilik air melalui lubang jamban di mana saluran paip tersebut hampir 5 kaki tinggi! Seriously tak boleh bayang, adakah dia mengintai aku ber-ehem selama ini dari bawah sana? Hampeh betul. Tercalar kehormatan aku ni.
Mujur abah ada tangkap biawak tersebut. Ewwww. Pakai guni ok! Bukannya naked hand. Ekceli aku pun bukannya takut sampai macam tu sekali, cuma terkejut beruk kot bila duduk bersama biawak di dalam bilik air yang tertutup. Fuh, lega dah ditangkap. Harap-harap jangan la ada lagi tetamu yang tak diundang datang lagi. Sekian.
Teringat kisah seorang pelancong lelaki di Pulau Komodo, Indonesia yang telah diratah hidup-hidup oleh biawak gergasi di pulau tersebut. Brrrrr.. Meremang bulu roma.
Komodo Island Indonesia :