The Most Annoying Statement Ever!

29 May 2012

Assalamualaikum


Meh layan kartun selepas berbulan-bulan dah tak melukis..



Dekat mulut "rasa macam dah gemuk la" padahal dekat hati "Tengokla body I ni montok solid molid lagi.. macam Angelina Jolie gitu".. Cis cis cis.. Super duper annoying ok.. Especially untuk plus sizer like me..But don't worry, mari belajar tips-tips untuk deal dengan situasi sebegini.. Hehehe.. Ada beberapa style untuk korang pilih..


Style ustazah : "Alhamdulillah, itu tandanya awak cukup makan minum.. Tak seperti saudara kita di Afrika, Palestin.. Mereka hidup kebuluran.. Nikmat mana lagi yang kamu dustakan? Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Maha Pencipa dengan mempertingkatkan ibadat kita.."

Style mengambil kesempatan : "Mana ada.. Tak gemuk pun.. Tapi I perasan la you macam naik sikit.. Daaaan you untung tau.. I ada jual jamu mak dara extra special original pun ya untuk maintainkan perut you tu.."

Style kasi cuak : Aamiin Aamiin Aamiin.. Kata-kata tu kan doa.. Aku doakan mudah-mudahan kau betul-betul gemuk la ya.. Gemuk kan tandanya hidup bahagia.. Gemuk takpa janji sihat..

Style cari nahas : "Eh.. Ya la.. Aku baru perasan.. Tapi kau takpa la comel macam Beyonce...... Tapi masa dia pregnant dulu la"

Style mintak penampo : "Ish ish ish ishhhh.. Aku tau! Aku tau! Dah lama aku tau! Kau buat kerja-kerja terkutuk tu kan.. Taubatla wei.. Sampai bila kau nak sembunyikan bayi kau tu?"

Style slamber : "Tali corset kau dah putus ka?"

Style zalim : Dush! (**tumbuk di perut) "Nah, sekarang kau dah kurus balik.."


Ok semua statements di atas hanyalah gurauan semata-mata ya.. Jangan korang ikut pulak.. Kalau korang betul-betul face dengan situasi camtu.. Just buat ini..

The moral is.. Bersyukurlah atas setiap ciptaan Yang Maha Esa.. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.. Jangan merungut atas tiap-tiap nikmat yang telah dikurniakan.. Dan jangan pulak bermegah-megah dengan kelebihan yang kita ada.. Bila-bila masa saja DIA boleh tarik balik.. Peace..

Kenapa Jadi Cikgu Best?

20 May 2012

Assalamualaikum


Amaran kepada pesakit asma, lelah, epilipsi dan seangkatan dengannya, sila jangan masuk ke blog ini! Kawasan ini dipenuhi habuk, kuman, bakteria, sawang dan telah menjadi sarang tikus sejak sebulan yang lalu. Sila tanggung sendiri akibatnya sekiranya anda masih bergedil. Eh! Berdegil.


Oemjayy! Dah sebulan kot tak jenguk blog ni.  Ada yang rindu tak? Ada? Ada? Lalala.. Baru sebulan tinggal blog ni dah jadi sedikit sewel meroyan sorang-sorang. Takpa, sila abaikan ayat-ayat gedik kat atas. Meh fokus tajuk yang sebenar-benarnya. Sama topik macam yang khatib berkhutbah jumaat haritu iaitu muallim. Fahimtum ya sadiqun? Ecece speaking arab pulak.. Pasal cikgu la.. Ya aku teringin sangat nak jadi cikgu paling kejam di dunia..

Masa zaman muka suci, mulia, tak matured, no pimples, no halkum blablabla (zaman awal persekolahan), time tu jeles gila dengan cikgu wooo. Why why why? Heee.. Biasa la, budak-budak. Memang target gila la bila beso nanti nak jadi cikgu sebab kan.. kan.. kan..


1. Boleh duduk time perhimpunan.
  • Penat woh berdiri masa perhimpunan! Tambah-tambah kalau perhimpunan tengah panas terik! Gila ahhh.. Memang setiap kali perhimpunan berharap gila hujan turun.  Ayat feveret yang ditunggu-tunggu time perhimpunan ialah "Semua murid boleh duduk" dan "Majlis bersurai".. Ayat paling dibenci pulak "Semua murid diminta tunggu" yang diucap selepas perkataan "Majlis bersurai".... Cis cis cisdele..

2. Boleh makan special dekat kantin. 
  • Dulu-dulu kalau tengok bahagian lauk-lauk cikgu tu kan, meleleh-leleh air liur. Dah la ayam dia besar-besar. Boleh cedok sendiri, murah pulak tu! Dengan cikgu baik ja makcik kantin ni tapi bila dengan student.. Mau ku lempar pinggan nasi yang sikit tu ke mukanya. Garang gila kot..

3. Boleh buat soalan peksa susaaaaaaaaaah sangat. 
  • Weeeee, i love this part sooo much. Dulu-dulu selalu merungut soalan periksa susah, takda dalam silibus blablabla.. So nanti bila jadi cikgu, akan kubuat soalan tahap dewa untuk para pelajar. Muahahaha.. Plus kasi soalan yang diorang tak belajar lagi. Lagi syiok sehari sebelum peksa kasi kat diorang soalan spot yang salah! Perghh!!!

4. Boleh kasi kerja skolah banyak-banyak. 
  • Kalau boleh, sampai pengsan pun takpa. Memang dulu tak puas hati gila bila cikgu bagi kerja banyaaaaak sangat. Sampai 3-4 pagi pun kena berjaga lagi. Maka dengan itu, akanku sediakan kerja sekolah "menulis karangan sepanjang 7 kaki 8 inci" sebanyak 12 topik yang berbeza dan perlu dihantar esok.. Apa yang lagi menarik kan, bila tengok semua murid dah siap maka keluarlah ayat ini "Saya tak jadi la nak kutip kerja kamu hari ni" [trollface]

5. Boleh bagi markah peksa sikit ja. 
  • Selalu berlaku ketidakpuashatian di sini sebab orang lain dapat markah banyak kenapa aku sikit ja? So nanti memang aku nak kasi kat para students aku markah peksa ciput ja. Sebarang rayuan tidak dilayan. KFC dinner plate mungkin boleh dipertimbangkan. Huhu. Yang paling penting, tulisan buruk pun nak tolak markah. Muahahahaha #rasa macam ada tanduk dikepala.


6. Boleh buat spotcheck 5 kali sehari!
  • Bangga sekejap sebab masa kat skolah dulu tak pernah kena rampas lagi barang-barang 'haram' aku. MP3, henset, laptop.. Gua pro la bab-bab sorok benda ni. Gua pun bawak dulu. Modus operandi semua dah pro la. Dalam bantal, buat lubang dalam kamus, atas siling, bawah locker, dalam tiang katil and macam-macam lagi. So nanti bila aku jadi cikgu mesti kena kantoi punya la. Dan barang-barang tu semua akan jadi hakmilik kekalku. Weee~ #Cikgu-cikgu sila takenote ya dark area ni..

7. Boleh kejutkan kacau student yang tidur dalam kelas.
  • Weee, yang ni memang sakit hati la kalau kena. Tambah-tambah bila cikgu terus tanya soalan time kita tidur tu. Dah la dok mamai lagi, kawan pulak tak tolong langsung. Cam haremm. Kalau cikgu sergah or rotan meja then aku yang mamai ni termelatah pulak.. Lagi la 1000X malu.. Isk isk isk.. Next time, when i'm a teacher, water gun terus aku bawak masuk kelas tembak student. Muahahaha.
Serious nak tembak student tidur guna ni.. hehe

8. Boleh masuk bilik komputer selalu.
  • Zaman skolah dulu bilik ni la yang paling heaven skali. Aircond kooott.. Plus masa cikgu mengajar boleh senyap-senyap main game kat komputer. Tapi cikgu pun kedekut. Selalu ja taknak bawak ke bilik ni sebab student tak fokus. So kalau aku jadi cikgu, aku nak masuk sepanjang hari and main game puas-puas kat depan tapi bila nampak ja student bukak game.. PIAPPP! Rotan dipunggung. Hehe. Game korang hanyalah microsoft word dan powerpoint sahaja.

    ********************************************************


    Heee. Seriously, ni semua hanyalah angan-angan budak yang belum akil baligh. Ekceli semua ni kes nak balas dendam ja sebab dulu takleh protest dengan cikgu. So kita balas dekat generasi akan datang. Muahahaha (Gelak Kejam). Tapi sekarang, bila fikir-fikir balik, memang betul apa yang cikgu buat selama ni. Betapa teruknya diri aku dulu. Cikgu cuma nak yang terbaik untuk students dia. Bila dapat result peksa kurang baik, barulah timbul penyesalan tu dalam diri. Sob sob sob..

    Ya Allah, nakalnya aku dulu. So ingat adik-adik, mintak ampun kat semua cikgu sebelum tinggalkan zaman persekolahan. Mintak halal semua ilmu yang diberikan. Jangan pernah sakitkan hati cikgu-cikgu. Nanti diri sendiri yang akan menyesal tau. Tuhan Maha Adil. Kalau cikgu tak redha dengan kita, setinggi mana pun kejayaan kita ilmu tu tetap tak berkat. Nanti mesti ada ja yang kurang. Macam yang pernah cikgu MD pernah cerita (Tadi 'aku' sekarang 'MD'.. Haha, saja nak feeling-feeling tadi) 
    Ada seorang pensyarah ni, gaji mahal, tapi selalu macam takda duit ja. Tak tau duit tu semua pi mana. Tau-tau ja dah habis. Bila diingatkan semula, mungkin ini balasan sebab dia pernah tampar muka gurunya suatu ketika dahulu. Tengok, walaupun dah berjaya, masih ada yang kurang apabila hilang keberkatan belajar.

    Okla, sebelum mengundur diri, MD nak ucapkan SELAMAT HARI GURU (walaupun dah agak lambat) buat both of my parents, both of my sisters, dan tentunya semua guru yang pernah mengajar MD selama ini. Dan tak lupa jugak dengan para guru di luar sana yang terbaca entry ni. Tolong jangan ambik hati dengan ayat-ayat di atas. Hanyalah impian kanak-kanak terencat akal yang kurang matang dalam berfikir..

    Oh! BTW, my mom dah pencen baru-baru ni. Ini merupakan faktor terbaru kenapa aku nak jadi cikgu; boleh dapat hadiah banyak O____O

     Bismillahirahmanirahim.. Ya kita makan dulu..

     Nampak cam banyak tak?

    Tadaaa... ni pun ada lagi dalam keta.. 100 lebih kot!

     Bekas yang kusangkakan murahan.. Rupanya jenama Tupperware original 

    Yang paling mahal.. Lukisan daripada pelukis Salleh Dawam? Sape tu? =_=

    Paling menyentuh hati.. Hadiah persendirian daripada seorang student.. Mula-mula bukak pembalut nampak kotak tu tertulis "rempah kari babas".. Rasa macam nak gelak tapi bila tengok hadiahnya (Apollo, cekelet, dan bunga telur yang dipotong bawahnya), baru la tau yang hadiah ni daripada student yang kurang berkemampuan.. Tapi usaha jugak nak bagi hadiah kat my mom.. Wuuuu.. Touching kot T.T

    Pembalut saja sama tinggi dengan sofa.. Penat tau nak angkut pergi buang =__=