Stupid Running Man!

25 November 2012

Assalamualaikum


Running man......stupid???


Bijak bijak bijak..
Memang bunuh diri la kan bikin panas mau kutuk korean ni..
Tambah-tambah perang kpop ke berapa ratus belas ribu ntah baru meletus..
Gara-gara isu penyanyi kpop kena boo masa Shout Awards semalam..
Siap kena baling kasut kipas botol segala..
WOAH! Betul ka ni? X tertengok pulak award tu..
Dan bertambah panaz apabila..
Ada pulak anak gadis ni sudah swear yang dia xnak jadi malaysian..
Dan menukar kerakyatannya kepada Korean..
Meriah gila kot kat twitter nuh..

Ya maka sesungguhnya entry ini tiada kaitan dengan Kpop ok..
Langsung x ada kena mengena dengan SNSD, Bingbang dll..
Ekceli nak cerita pasal benda lain..
Pasal running man..
Orang lari ya..

Kalau x tahu ni masjid apa sila tukar kerakyatan..
Eh sensitif! Sensitif!

So kelmarin lepas ja solat jumaat..
Lebih tepat lagi time nak pakai kasut ja..
Betul betul ibu jari kaki aku yang kiut ni cecah hujung kasut..
Ibarat ada suis dekat hujung kasut tu..
Terus ja hujan turut.. Ceitt

Lari hujan lariiiiii!

Bila hujan ja memang otometik kita lari kan..
KAN KAN KAN??
Unless you are plussizer like me..
Slamber badak ja redah hujan..
Lencun pun lencunla..
Sayang takut lemak ni terbakar..
Ekceli kalau korang tengok video ni kannn..





Hoho shocking fact!
Berlari dalam hujan sebenarnya lebih basah dari berjalan..
Seriously seriously seriously?
Nampaknya aku, the selamber badak is the clever..
And you the running man is...........
Well not really..
Some people still debate bout this..
Lagipun masa kan emas diamond intan berlian..
X kisah la nak lari pun kan..
Apapun aku tetap jalan ja! Yezzzaaaa..

Fuhh lama x lukis doodle and you look kinda weird..

Mama tell us during her school years..
Kalau hujan diorang guna daun keladi buat payung..
Well untungla... Dekat masjid negara ni batang hidung keladi pun x nampak..
Tetiba lapar aiskrim yam..
Okla mengarut.. Assalamualaikum..



P/s : Sebaknya dengar imam baca qunut nazilah.. Bukan setakat imam, sekali aku pun menangis.. Doakan saudara kita di palestine, syria, rohingya dan seluruh dunia k.. :-)

Pemilik Blog Ini Sudah Meninggal

16 November 2012

Assalamualaikum Warahnatullahi Wabarakatuh...

Al-Fatihah

Segala ampun dan maaf dipohon daripada semua warga pengunjung mrdoctorspeaking.blogspot.com.. Saya mewakili pemilik blog ingin memaklumkan bahawa beliau yang lebih dikenali sebagai mr doctor telahpun meninggalkan kita semua..

Mengada! X suspen pon kan.. Dah pernah jumpa banyak entry macam ni.. Rasanya tengok tajuk pun 99 peratus memang x percaya tapi spare jugak la 1 peratus kan mana tau betol.. Kan? Kan?

UHUKK UHHUKK UHUKK..
Batuk kering keluar kahak hijau khaktuiiiii..
Pergh bersawang berhabuk fuh fuh fuh tiup..
Ni bukan setakat berbulan-bulan dah..
Ni dah setahun dah ni..
Dari 1433 sampai 1434 la menghilangnyaaa..oh
Uh.. btw..

Gambar ehsan google


So.. Emm.. Err.. Nak bagi alasan apa kali ni lama x update?
Dah la tinggalkan dengan entry terakhir pasal ( # O (oo) O # )
Err, haaa!!! Internet problem..
Ataupun.. Buzy laa..Kononnyeeee..
Puii pandai sangat nak menipu..
Mungkin xda idea, xda mood atau malas..
Ya itu lebih tepat..

Sempena maal hijrah ni..
Set azam baru..
Ofkos nak tahun ni lebih baik dari tahun lepas..
Eh? Kalau setiap taun lebih nak lebih baik dari tahun sebelumnya..
Maknanya tahun ni kena lebih teruk dari tahun depan la ya?
MINDBLOW!!!

Dan x ketinggalan azam nak update blog selalu..
Bagi lebih kualiti.. Bagi lebih maskulin.. Cewahh..
Kalerful pon boleh..
Kali ni x boleh bagi alasan lagi x update blog..
Dah ada pembantu. PA wohh.. Peewiit..


Nampak tak logo proton di situ.. Dapatkan satu dengan PREVE!  


Membantu la sangat..
Memangla laju x hengat dunia..
Sekali hari ke 2 guna dah habis kuota..
Demm demm demm..
Last2 pakai celcom 1 Malaysia jugak..
Murah dan boleh tahan laju..
And and and..
Asistant kedua ialah..

Ni pun ehsan google

Alhamdulillah.. Terbeli jugak akhirnya..
Sila jangan cakap aku ketinggalam zaman..
Since sekarang dah ada ipad 4 dan mini..
Teringin tu teringin tapi ni ja mampu..
Cukupla nak stalk ngan blogwalking..
Ekekeke..

Ending, blog owner belum arwah cuma meninggal-kan blognya untuk sekian lama..kbye..




P/s : Lama x lukis doodle.. Eh doodle tu apa? Apa tu apa tu? PANGG!! Maaf mental sekejap lama x honline..syukur masih ramai yg berkunjung ke sini..dah cecah 2000 follower noh.. Sobs terharu..

Tentang Babi

09 September 2012

Assalamualaikum


Yeah, piggy fact..
Atau nama melayunya "fakta kebabian..
Ayarkkk! Pelik sangat la dalam BM..
Let's stick with English ok..
(Mari ranting bersama Inggeris ok)

Do you know the fact that...

Oink oink oink..(Mr piggy mimpi basah lettew)

Well..
It's weekend..
Planning to sleep all the day?
Think again..

Hehe..
Gurau-gurau ja..
Kurangkan tidur ya..
Walaupun tidur itu ibadah..
Agak-agak la kan nak tidur sampai dah lengkap dah peta dunia atas bantal tu..

Uh..
Btw, cakap pasal natang tu..
Korang penah tengok tak video ni?
Kenapa orang Islam xleh makan babi..
Wekkk..



Rasanya dulu macam pernah dengar dalam tazkirah..
Babi kan makan apa saja..
Termasuk najis ya!
Dulu dalam bahtera nabi Nuh..
Makhluk ni la yang membersihkan kapal tersebut..
Wallahu'alam..
Kalau salah tolong pebetul ya..

Ok pergi samak balik laptop korang..
Najis mughallazah ni..
Opppss..
Kesalahan orang Melayu..
Suka sebut samak..
Sebenarnya samak tu untuk menyucikan kulit haiwan..
Nak buat handbag gucci ka apa guna kulit buaya tu..
Kalau yang tersentuh babi/anjing ni sbut kena "sertu"..
Take note ya..



P/s : amboi terstory-mory habis pasal menatang ni.. ekceli mainpoint dia kurangkan tidur time weekend.. tu ja.. huhu.. Happy weekend =)

Unpopular (And Weird) Study Tips From Mr Doctor

07 September 2012

Assalamualaikum


Entry ni khas untuk adik-adik yang bakal menduduki exam tak lama lagi.. Tak kira la UPSR ka, PMR ka, SPM ka.. Orang dewasa pon boleh baca =)


Hehe, September already.. Masa untuk semua budak sekolah tak kira la dari sekolah rendah sampai la sekolah menangah ketaq lutut nak exam.. Kan kan kan? Haish rindunya zaman sekolah.. Sampai sekarang mimpi jadi budak sekolah lagi.. Such a great memories.. So great! So great... Sooo...

Haish!

Bernostalgia plak.. Sesungguhnya berdirinya (meniarapnya) saya di sini untuk share tips-tips last minute sebelum exam.. Piang!! Slap on my face.. Macam la aku ni pandai sangat..  Dahla dulu pemalas, suka tido dalam kelas, ponteng prep, menyorok dalam stor, fly (oops).. Ok ok i admit that.. You got the point already.. I'm not a good student at all.. Memang takda tips pon untuk study.. 

Please straight to the point boleh tak.. Yeah, exam is not all about study ok.. Ekceli i had post about this already, but under contest entry.. Tak banyak la orang baca kan.. So i put it again here.. It might be useful


So.. First thing you should do.. Jaga 'in relationship' with Allah! Ramai yang nak belajar untuk success ja kan.. Cer tukar sikit, niat ikhlas hanya kerana ALLAH.. Kalau korang betul-betul ikhlas, InshaAllah, kejayaan tu Allah kasi free ja.. FREE woi.. Haha.. Perbanyakkan ibadat doa tu.. Allah suka kita meminta dariNya.. So apa lagi.. Mintak la jangan tak mintak.. Jangan pulak mintak nak boypren macam orang korea.. Adehh.. Salah konsep ni.. Kalo hasben takpe.. huhu

Next.. Mak ngan abah.. Slalunya yang buat saya sebak and semangat nak blajar bila terbayang mak pakai telekung duduk atas sejadah doa untuk kita.. Haha.. Bayangan ja.. Cuba la bayang camtu time blajar.. InshaAllah kekuatan tu akan datang.. Ingat! Time exam mintak mak ngan abah baca yasiin untuk kita.. Banyak barakah dia.. Satu lagi yang saya suruh mak ngan abah buat.. Letak tangan diorang atas kepala saya.. Pastu suruh doa.. Memang sebak wooo.. Malu pun ada gak.. huhu.. Cuba la.. Gi cari mak abah cepat..

Tau tak camna MD nak kasi semangat study time nak exam.. Huhu.. Try this :

Mengendap cikgu dekat depan bilik guru → Nampak cikgu duduk sorang-sorang → Senyap-senyap pergi belakang cikgu → Sergah cikgu! → Kasi kertas kosong kat cikgu → Suruh cikgu tulis kata-kata semangat, harapan & doa untuk kita → Tampal dekat meja study

Oh miss that moment.. Tu baru kat bilik guru, belum lagi tawaf satu skolah cari cikgu.. Hehe.. Sampai mashem berpeluh-peluh.. Pastu koleksi kata-kata semangat tu tempek kat tempat kita study.. Fuhh.. Kalau nak lagi best letak gambar diorang skali.. Komfem terus blajar bersungguh-sungguh!

Asal tengok buku ja ngantuk.. Asal sentuh buka ja lena.. Asal bukak buku ja berdengkur.. Meleleh air liur basi and so on.. Slalunya terjadi kat budak asrama ja.. So apa yang korang kena buat.. Tidur je la, best ooo.. Haha.. Gurau.. Apa yang korang kena buat masuk dalam bilik ka dalam toilet ka.. Tengok cermin.. Buat muka beruk, jelir lidah, korek hidung, lompat-lompat, buat oppa gangnam style sambil tengok cermin.. hehe.. Kompem hilang ngantuk.. Tak pun buat ja depan orang ramai.. Lagi meriah! Kalau mengantuk jugak.. Well, i blame the syaitan.. It's not my fault.. Hehe

Lagi kan.. Korang takleh abaikan kawan-kawan.. Sila manipulatekan diorang..

First cari orang paling pandai lam kelas korang → Dapatkan gambar beliau (curi dalam fb ka apa)  →  Dapatkan sehelai kertas merah & guntingkan buat macam signboard dilarang masuk tu  → Tempek atas gambar kawan korang yang pandai gila tu → Tempek hasil kerja korang kat meja study gak..

Huhu.. Seriously.. Rasa jeles terhadap orang tu akan kasi kita lebih bersemangat nak study.. **Sambil study jelir lidah kat gambar tu.. haha..


Akibat kesedaran sivik tentang diri ini yang kurang kebaikan (Ketua geng antiprefect skolah), saat bersalaman dengan cikgu mintak restu sebelum exam tu digunakan sebaik mungkin.. Kalau boleh biar sampai meleleh-leleh air hidung tu.. Minta maaf atas semua kesalahan yang pernah dilakukan.. Rasa malu pulak bila teringat cikgu hulur tisu sebab mencurah-curah dah air mata ni keluar.. Aww


Well that's it.. Kadang-kadang ada yang macam pelik sikit kan.. Tak pernah dibuat orang.. Tapi tu la yang saya buat.. Yang baik korang boleh la ikut.. Yang tak baik sila abaikan.. Sekali lagi im not that good either.. Study pon last minute dah memang tak sempat la kan.. Result pon takda la gempak sangat..Cukup-cukup makan ja..


Last but not least..

Ya Allah, Engkau permudahkanlah bagi adik-adikku yang bakal menduduki peperiksaan agar mereka dapat menjawab dengan sebaiknya.. Engkau hadiahkanlah kejayaan di atas usaha mereka.. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin




P/s : Semoga entry ni dapat memberi manfaat kepada semua.. Jemput share ya.. Ringankan tangan klik nuffnang tu ya.. Baru ja pasang :p

Si Capik

30 August 2012

Assalamualaikum


Firstly, ini bukan drama bersiri Tibi 3 tu ya.. Harap maklum..

Well, it was a typical day, checking my facebook acount, stalking blogs and other stuffs on the internet.. Allahuakbar Allahuakbar.. Yeah it was the prayer time.. Oh well, masjid dekat ja.. Continued  stalking-stalking.. bop bop.. kentut sekejap.. Jap lagi nak ambik wudhuk dah..

Allahuakbar Allahuakbar, Lailahailallah.......

No it's not the story that me with internet bla bla bla sampai lupa seruan Illahi.. No! I still went to the masjid you know.. Sampai kat masjid tu, masa nak naik tangga kat depan saya ada la seorang pemuda ni.. Beserban, berjubah kemas ja.. But.....

He walk with a tongkat..

Yeah, he walked with his tongkat, slowly but tried to be as fast as he could.. I pun follow belakang dia.. I'm not complaining that he was so slow.. Tapi dia buat saya terfikir..

Kalau dia yang jalan bertongkat boleh sampai lebih awal daripada aku, apatah lagi kalau dia mempunyai kesihatan seperti aku.. Mesti lebih awal dia akan sampai di masjid.. Mesti lebih lama dia akan beriktikaf.. Mesti lebih banyak ibadat yang dia akan buat..

I cried on my du'a.. Bukanla teriak guling-guling macam budak tak dapat lolipop tu.. Just tersentuh sekejap.. Mohon keampunan daripada Allah.. DIA dah berikan yang terbaik untuk diriku.. Boleh berjalan, melihat, mendengar dan pelbagai lagi nikmat yang tak terkira banyaknya.. Persoalannya, sejauh mana telah dimanfaatkan untuk jalan Allah?


Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan
Surah Al-Rahman,  Membuktikan sifat Maha Pemurah Allah..Cuba baca dan hayati.. Betapa besarnya nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.. Wallahu'alam..

Beraya Bersama Irine Nadia Marcello

23 August 2012

Assalamualaikum


Irine Nadia? Mana? Mana?

Tengok kiri... Tengok kanan... Tengok kiri... Tengok kanan lagi...



Takdepon.. Mana Irine Nadia?
Hehe.. Laju ja kan kalau sebut pasal blogger gojess ni...
Sekarang kena panggil Puan Irine dah...
Boys sila tutup mulut rapat-rapat ya...
Ekceli nak cerita yang...
Haritu saya pi wedding beliau! Wewiiiit...

No need to story sangat la kan semua skali start dari Keyel ke Masjid Tanah, Melaka.. Panjang sangat satgi jemu pulak korang baca.. Gambo pun sikit ja.. X sempat nak snap banyak-banyak.. Sampai pon dah lambat.. Salah my sis lambat sangat dari Johor.. Kalau nak tengok lagi boleh la google atau terus ke laman web irinenadia.blogspot.com.. 


See? Dah lewat dah.. VVIP mesti la sampai lambat kan.. (sesat cari jalan sebenarnya = ='')

Meet the driver.. Yang kanan tuh.. Kawan my sis.. Miss Aisah Hanafi.. Anddddd.. Fatin Liyana! Fewiiit! Dua-dua model ok..

Wehee.. Kami pulak.. my sis yang kat kanan tu.. Fatin Liyana yang suruh buat peace centu ok.. Kiut kan? Muehehe

Hah jumpa pong pengantin.. Tengah karaoke.. Dua insan kah lagu dia? Lupa plak..

And her husband's turn..

Habis menyanyi ofkos la kena serbu kan.. 

And there she is.. Superbly gojesss..

Kalau perasan ada gambo yang kena potong kat hujung tu...
That's me la.. hehe
Censored itu wajib...
This wedding ceremony dah lebih sebulan lepas dah pon...
Terlambat post la pulok... lalala~~~

Cuti lama-lama xde benda nak buat busan jugak kan...
Haritu godek-godek laptop usang ni terjumpa gambo-gambo kat atas tu...
Dan jugak ini...

Yah itu bukan shin-chan..

Nak lukis gambar wedding sweet couple ni...
Ingatkan nak kasi sebagai hadiah... Letak frame ke apa...
Memandangkan drawing ni takmau nak jadi cantik...
Dan laptop usang ni asyik KO tanpa fungsi "autosave" (dammitt)
Akhirnya terbengkalai ja...

Berkat bulan syawal mood melukis datang balik... (cewahh)
So my aidilfitri bersama Irine Nadia Marcello la! huhu
Tapi buat saja-saja ja.. Nak bagi pun segan sebab dah lambat sangat...
Upload kat sini ja la buat tatapan stalker...

Tadaaaa!



Bertambah-tambah segan nak kasi sebab tak pandai buat bagi detail...
Boleh yang simple simple ja...

And kalau ada yang bertanya macam mana saya boleh dijemput ke kenduri blogger femes ni...
SAYA LA BOYPRENG LAMA BELIAU!
Ekekeke.. Ofkos la melawak ja..
Ekceli my sis yang di-invite.. Saya menyebok ja..
Sekian.. Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya

18 August 2012

The most important thing about Hari Raya is updating status about it... 
Seriously? =_____=

Birthday

05 July 2012

Assalamualaikum


Ok ok.. Ekceli it's not that bad la.. Teruk sangat tu.. Haha.. Special thanks to friends and family yang call me since jam 0000am lagi.. Nyanyi nyanyi lagu hepi besday to me walaupun harus diakui suara peserta Kilauan Emas lebih merdu dari mereka.. Muehehe.. Anyway, thank you so so so much for all the wishes and du'a.. I lap you guys.. 



P/s : Pffft.. Dah taktau berapa kali dah blog ni diabaikan... =____________=

The Most Annoying Statement Ever!

29 May 2012

Assalamualaikum


Meh layan kartun selepas berbulan-bulan dah tak melukis..



Dekat mulut "rasa macam dah gemuk la" padahal dekat hati "Tengokla body I ni montok solid molid lagi.. macam Angelina Jolie gitu".. Cis cis cis.. Super duper annoying ok.. Especially untuk plus sizer like me..But don't worry, mari belajar tips-tips untuk deal dengan situasi sebegini.. Hehehe.. Ada beberapa style untuk korang pilih..


Style ustazah : "Alhamdulillah, itu tandanya awak cukup makan minum.. Tak seperti saudara kita di Afrika, Palestin.. Mereka hidup kebuluran.. Nikmat mana lagi yang kamu dustakan? Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Maha Pencipa dengan mempertingkatkan ibadat kita.."

Style mengambil kesempatan : "Mana ada.. Tak gemuk pun.. Tapi I perasan la you macam naik sikit.. Daaaan you untung tau.. I ada jual jamu mak dara extra special original pun ya untuk maintainkan perut you tu.."

Style kasi cuak : Aamiin Aamiin Aamiin.. Kata-kata tu kan doa.. Aku doakan mudah-mudahan kau betul-betul gemuk la ya.. Gemuk kan tandanya hidup bahagia.. Gemuk takpa janji sihat..

Style cari nahas : "Eh.. Ya la.. Aku baru perasan.. Tapi kau takpa la comel macam Beyonce...... Tapi masa dia pregnant dulu la"

Style mintak penampo : "Ish ish ish ishhhh.. Aku tau! Aku tau! Dah lama aku tau! Kau buat kerja-kerja terkutuk tu kan.. Taubatla wei.. Sampai bila kau nak sembunyikan bayi kau tu?"

Style slamber : "Tali corset kau dah putus ka?"

Style zalim : Dush! (**tumbuk di perut) "Nah, sekarang kau dah kurus balik.."


Ok semua statements di atas hanyalah gurauan semata-mata ya.. Jangan korang ikut pulak.. Kalau korang betul-betul face dengan situasi camtu.. Just buat ini..

The moral is.. Bersyukurlah atas setiap ciptaan Yang Maha Esa.. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.. Jangan merungut atas tiap-tiap nikmat yang telah dikurniakan.. Dan jangan pulak bermegah-megah dengan kelebihan yang kita ada.. Bila-bila masa saja DIA boleh tarik balik.. Peace..

Kenapa Jadi Cikgu Best?

20 May 2012

Assalamualaikum


Amaran kepada pesakit asma, lelah, epilipsi dan seangkatan dengannya, sila jangan masuk ke blog ini! Kawasan ini dipenuhi habuk, kuman, bakteria, sawang dan telah menjadi sarang tikus sejak sebulan yang lalu. Sila tanggung sendiri akibatnya sekiranya anda masih bergedil. Eh! Berdegil.


Oemjayy! Dah sebulan kot tak jenguk blog ni.  Ada yang rindu tak? Ada? Ada? Lalala.. Baru sebulan tinggal blog ni dah jadi sedikit sewel meroyan sorang-sorang. Takpa, sila abaikan ayat-ayat gedik kat atas. Meh fokus tajuk yang sebenar-benarnya. Sama topik macam yang khatib berkhutbah jumaat haritu iaitu muallim. Fahimtum ya sadiqun? Ecece speaking arab pulak.. Pasal cikgu la.. Ya aku teringin sangat nak jadi cikgu paling kejam di dunia..

Masa zaman muka suci, mulia, tak matured, no pimples, no halkum blablabla (zaman awal persekolahan), time tu jeles gila dengan cikgu wooo. Why why why? Heee.. Biasa la, budak-budak. Memang target gila la bila beso nanti nak jadi cikgu sebab kan.. kan.. kan..


1. Boleh duduk time perhimpunan.
  • Penat woh berdiri masa perhimpunan! Tambah-tambah kalau perhimpunan tengah panas terik! Gila ahhh.. Memang setiap kali perhimpunan berharap gila hujan turun.  Ayat feveret yang ditunggu-tunggu time perhimpunan ialah "Semua murid boleh duduk" dan "Majlis bersurai".. Ayat paling dibenci pulak "Semua murid diminta tunggu" yang diucap selepas perkataan "Majlis bersurai".... Cis cis cisdele..

2. Boleh makan special dekat kantin. 
  • Dulu-dulu kalau tengok bahagian lauk-lauk cikgu tu kan, meleleh-leleh air liur. Dah la ayam dia besar-besar. Boleh cedok sendiri, murah pulak tu! Dengan cikgu baik ja makcik kantin ni tapi bila dengan student.. Mau ku lempar pinggan nasi yang sikit tu ke mukanya. Garang gila kot..

3. Boleh buat soalan peksa susaaaaaaaaaah sangat. 
  • Weeeee, i love this part sooo much. Dulu-dulu selalu merungut soalan periksa susah, takda dalam silibus blablabla.. So nanti bila jadi cikgu, akan kubuat soalan tahap dewa untuk para pelajar. Muahahaha.. Plus kasi soalan yang diorang tak belajar lagi. Lagi syiok sehari sebelum peksa kasi kat diorang soalan spot yang salah! Perghh!!!

4. Boleh kasi kerja skolah banyak-banyak. 
  • Kalau boleh, sampai pengsan pun takpa. Memang dulu tak puas hati gila bila cikgu bagi kerja banyaaaaak sangat. Sampai 3-4 pagi pun kena berjaga lagi. Maka dengan itu, akanku sediakan kerja sekolah "menulis karangan sepanjang 7 kaki 8 inci" sebanyak 12 topik yang berbeza dan perlu dihantar esok.. Apa yang lagi menarik kan, bila tengok semua murid dah siap maka keluarlah ayat ini "Saya tak jadi la nak kutip kerja kamu hari ni" [trollface]

5. Boleh bagi markah peksa sikit ja. 
  • Selalu berlaku ketidakpuashatian di sini sebab orang lain dapat markah banyak kenapa aku sikit ja? So nanti memang aku nak kasi kat para students aku markah peksa ciput ja. Sebarang rayuan tidak dilayan. KFC dinner plate mungkin boleh dipertimbangkan. Huhu. Yang paling penting, tulisan buruk pun nak tolak markah. Muahahahaha #rasa macam ada tanduk dikepala.


6. Boleh buat spotcheck 5 kali sehari!
  • Bangga sekejap sebab masa kat skolah dulu tak pernah kena rampas lagi barang-barang 'haram' aku. MP3, henset, laptop.. Gua pro la bab-bab sorok benda ni. Gua pun bawak dulu. Modus operandi semua dah pro la. Dalam bantal, buat lubang dalam kamus, atas siling, bawah locker, dalam tiang katil and macam-macam lagi. So nanti bila aku jadi cikgu mesti kena kantoi punya la. Dan barang-barang tu semua akan jadi hakmilik kekalku. Weee~ #Cikgu-cikgu sila takenote ya dark area ni..

7. Boleh kejutkan kacau student yang tidur dalam kelas.
  • Weee, yang ni memang sakit hati la kalau kena. Tambah-tambah bila cikgu terus tanya soalan time kita tidur tu. Dah la dok mamai lagi, kawan pulak tak tolong langsung. Cam haremm. Kalau cikgu sergah or rotan meja then aku yang mamai ni termelatah pulak.. Lagi la 1000X malu.. Isk isk isk.. Next time, when i'm a teacher, water gun terus aku bawak masuk kelas tembak student. Muahahaha.
Serious nak tembak student tidur guna ni.. hehe

8. Boleh masuk bilik komputer selalu.
  • Zaman skolah dulu bilik ni la yang paling heaven skali. Aircond kooott.. Plus masa cikgu mengajar boleh senyap-senyap main game kat komputer. Tapi cikgu pun kedekut. Selalu ja taknak bawak ke bilik ni sebab student tak fokus. So kalau aku jadi cikgu, aku nak masuk sepanjang hari and main game puas-puas kat depan tapi bila nampak ja student bukak game.. PIAPPP! Rotan dipunggung. Hehe. Game korang hanyalah microsoft word dan powerpoint sahaja.

    ********************************************************


    Heee. Seriously, ni semua hanyalah angan-angan budak yang belum akil baligh. Ekceli semua ni kes nak balas dendam ja sebab dulu takleh protest dengan cikgu. So kita balas dekat generasi akan datang. Muahahaha (Gelak Kejam). Tapi sekarang, bila fikir-fikir balik, memang betul apa yang cikgu buat selama ni. Betapa teruknya diri aku dulu. Cikgu cuma nak yang terbaik untuk students dia. Bila dapat result peksa kurang baik, barulah timbul penyesalan tu dalam diri. Sob sob sob..

    Ya Allah, nakalnya aku dulu. So ingat adik-adik, mintak ampun kat semua cikgu sebelum tinggalkan zaman persekolahan. Mintak halal semua ilmu yang diberikan. Jangan pernah sakitkan hati cikgu-cikgu. Nanti diri sendiri yang akan menyesal tau. Tuhan Maha Adil. Kalau cikgu tak redha dengan kita, setinggi mana pun kejayaan kita ilmu tu tetap tak berkat. Nanti mesti ada ja yang kurang. Macam yang pernah cikgu MD pernah cerita (Tadi 'aku' sekarang 'MD'.. Haha, saja nak feeling-feeling tadi) 
    Ada seorang pensyarah ni, gaji mahal, tapi selalu macam takda duit ja. Tak tau duit tu semua pi mana. Tau-tau ja dah habis. Bila diingatkan semula, mungkin ini balasan sebab dia pernah tampar muka gurunya suatu ketika dahulu. Tengok, walaupun dah berjaya, masih ada yang kurang apabila hilang keberkatan belajar.

    Okla, sebelum mengundur diri, MD nak ucapkan SELAMAT HARI GURU (walaupun dah agak lambat) buat both of my parents, both of my sisters, dan tentunya semua guru yang pernah mengajar MD selama ini. Dan tak lupa jugak dengan para guru di luar sana yang terbaca entry ni. Tolong jangan ambik hati dengan ayat-ayat di atas. Hanyalah impian kanak-kanak terencat akal yang kurang matang dalam berfikir..

    Oh! BTW, my mom dah pencen baru-baru ni. Ini merupakan faktor terbaru kenapa aku nak jadi cikgu; boleh dapat hadiah banyak O____O

     Bismillahirahmanirahim.. Ya kita makan dulu..

     Nampak cam banyak tak?

    Tadaaa... ni pun ada lagi dalam keta.. 100 lebih kot!

     Bekas yang kusangkakan murahan.. Rupanya jenama Tupperware original 

    Yang paling mahal.. Lukisan daripada pelukis Salleh Dawam? Sape tu? =_=

    Paling menyentuh hati.. Hadiah persendirian daripada seorang student.. Mula-mula bukak pembalut nampak kotak tu tertulis "rempah kari babas".. Rasa macam nak gelak tapi bila tengok hadiahnya (Apollo, cekelet, dan bunga telur yang dipotong bawahnya), baru la tau yang hadiah ni daripada student yang kurang berkemampuan.. Tapi usaha jugak nak bagi hadiah kat my mom.. Wuuuu.. Touching kot T.T

    Pembalut saja sama tinggi dengan sofa.. Penat tau nak angkut pergi buang =__=


    Kaitan Gay Dengan Pelangi?

    14 April 2012

    Assalamualaikum


    Am i the only one who didn't know gay is directly associate with gay? Alamak! Habisla.. Takuit pulak nanti ada aww aww datang mengorat nak buat boyfriend. Ok stop! drama drama drama.. Pfft, Kenapa korang tak cakap? Coz i'm soooo noob.
    Rainbow aka pelangi paling popular di dunia dengan lambang kepada aktivis LGBT. Apa LGBT? Hah! Lesbian Gay Bisexual and Transgender (Terbeliak sekejap) 

    Pergh! Seriously? Memang saya sorang ja ka yang tak tahu? Mujur someone inform dekat fb. "Kenapa pilih warna pelangi? Nanti orang kata gay!". Me, yang shock lagi noob terus bertanya, "apsal gay pulak?". "Cuba la search sendiri dekat google, gay and rainbow". Dan hasilnya, damn! Inilah akibatnya mengabaikan social science. Jadilah katak bawah peti ais.

    Sebelum ni MD dapat komen positif ja pasal design blog ni, xdak orang kata pa pun. Skarang, 3 things in my mind :

    • Memang semua orang rasa ok ja kot. **perasan jekk
    • Orang memang nampak blog ni macam gay, tapi segan nak tegur takut kecik hati.
    • Blog ni memang tak ada stalkers pun.


    Papepun, seminggu kot struggle buat benda alah ni. Ikut la nasihat my best friend, pakai ja 1-2 bulan. Nanti buat lain la. Padahal mula-mula beliau pun kata header macam pondan. Ciss! Eh, bukan ciss, berterima kasih ekceli, at least beliau bagi pandangan ikhlas as a friend. Kan kan kan?

    Paling tak tahan ada sorang kawan ni, mahu dikenali sebagai abang md kamal, memberikan pandangannya tersendiri. Blog ni, design queen, tapi content king, memang takleh dipisahkan. It's perfect! Haha, suka dengan idea beliau.

    So for now, memang nak biar dulu camni ja. Buat pa nak ikut sangat kaum bodoh yang dilaknat tu kan. Kita ada pendirian sendiri. Kalau orang nak kata blog pelangi ni gay, maka blog wanita-wanita yang kalerful di luar sana pun automatik akan di-cop lesbian. Sebab apa? Sebab pelangi ni melambangkan LGBT pride. Perlukah kita ikut? Tak kan....



    Haish, the main idea i chose the rainbow theme is, i wanna be different, unique and amaze people. Tak sangka pulak pelangi ni ada simboliknya.

    A man named Baker merupakan orang pertama yang jadikan bendera pelangi ni sebagai simbol LGBT. (Curse you!) Lambang ini digunakan dalam bendera since 1970 di Weast Coast dalam perarakan LGBT di sana. 

    Well, walaupun since 1970 diorang dah guna, I prefer the history that took place earlier since 1961. Lambang pelangi ni digunakan dalam perarakan di Italy sebagai pace movement. Pace means peace in italy. So, watlek watpeace, kaler rainbow kat blog ni adalah lambang keamanan! Muahahaha 


    So pasni kalau orang tanya apsal blog kau pelangi? Kau gay ka? Dengan selamba akan menjawab. Hei bangang! Ko tak tau sejarah ka? Pelangi tu lambang keamanan la
     (Ok ayat ini sangat kejam lagi biadap :P)
    Firman Allah : "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas".

    Laut mati, menjadi saksi kepada pembalasan kepada kaum nabi Luth yang ingkar melakukan amalan homoseksual. Ya Allah, rindunya nak ke bumi Jordon lagi. =___=
    Perasan tak dalam politik skarang ni slalu masuk isu ni. Ok end discussion, sebelum mengundur diri, jom tengok sikit gambar-gambar menghairahkan hasil carian "gay and rainbow". 

    Mempersembahkan...

    Gambar-gambar 'PELANGI' yang mengghairahkan...

    Yang akan membuat air liur korang meleleh...

    Membuatkan nafsu korang membuak-buak...

    Rasa macam...

    macam...

    macam...

    Haip!!! Enough dirty mind! Pernah ka MD lucah sebelum ni? ha? ha?

    Sebenarnya nak tunjuk gambo-gambo ni...

    Attracted gila!

    .....

    ....

    ...

    ..

    .

    TADAAA!





    Okbai nak ke dapur. Cari benda makan. Tetiba rasa lapar.

    Facebookers Respond to Tsunami

    13 April 2012

    Assalamualaikum


    Tak payah la intro segala bagai cerita pasal semalam yang kita semua digemparkan pasal amaran Tsunami tu. Bukak ja pesbuk, pergh! 99 peratus post pasal ni, mintak diselamatkan daripada bencana besar yang diramalkan akan berlaku tu. Tapi, ramalan manusia tak semestinya betul kan.

    Namun selain daripada doa-doa mintak kita semua aman sejahtera, ada jugak manusia yang berkata begini :

    Tsunami nak kena Acheh? Ha padan la muka diorang, maksiat sana sini. Ni la balasan Tuhan untuk mereka
    Astaghfirullahala'zim. Ada jugak manusia berfikiran macam ni. Memang bagus kita ambil semua ni sebagai petanda dan amaran Tuhan atas kelalaian kita dalam mengerjakan suruhan-Nya. Tapi perlukah kita doakan mereka agar ditimpa bencana sebegitu? Siapakah kita?

    Cuba korang kaji peta elok-elok, kasi bukak sikit minda tu..


    Cuba tengok betul-betul, tengok lokasi gempa bumi tersebut. Kenapa Malaysia lebih selamat daripada ancaman Tsunami berbanding Indonesia? Ya, kerana tanah Indonesialah yang menjadi benteng kepada kita daripada bencana tersebut. Ingat kisah Tsunami 2004? Cuba bandingkan berapa banyak Indonesian dan Malaysian yang terkorban. Masih lagi mahu mengeji mereka?

    Walaubagaimanapun, saya sebagai rakyat Malaysia, tersangatlah bangga walaupun Indonesia membenci Malaysia, walaupun kedutaan Malaysia di sana dilempar dengan najis, walaupun pasukan bola sepak negara kita terpaksa menaiki kereta kebal kerana bimbangkan keselamatan ketika di sana, kita rakyat Malaysia, masih mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka. Allahuakbar. Tabik spring untuk penduduk Malaysia!


    Harini hanya mampu menggeleng-geleng kepala tengok status facebook. Kelmarin punya la insaf, post dan share segala doa yang ada, sembang kemas nak kembali ingat Allah. Tapi sekarang? Memandangkan amaran Tsunami ditarik balik, segala keinsafan tadi pun kena rentap sama. Everything back to normal. Ikut balik nafsu dan syaitan. 

    Kelmarin 
    "Ya Allah, ampunilah dosaku ini, selamatkanlah diriku, keluarga, dan sahabat handai daripada bancana ini". 

    Harini 
    "Yunk jom gi tengok Battleship, membew ittew cakap best gileww''

    Ingatlah, amaran Tsunami memang boleh ditarik balik, Amaran Allah? Akan kekal hingga kiamat. 

    "Tidaklah bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gementar kerana takut Allah melihatnya" - Kaab bin Malik RA 

    Dokter Pelik Gila Pelangi

    12 April 2012

    Assalamualaikum


    Kowang watpew teww? Ya saya patut menerima seketul penampar di pipi kerana bertanya soalan bangang plus gewdiks tersebut. Ofkos la tengah mengadap skrin laptop/komputer tu kan, before straighting to the point, jom belok ke iklan sekejap. Jom JOIN contest pertama anjuran Mr Doctor dengan kerjasama Sandslova, Your Online Shop. Klik

    **MD menggunakan duit yang korang klik churpchurp tu untuk hadiah contest ni. Sebagai penghargaan sokongan korang dekat blog cabok ni. Terharu sangat (sob sob sob) tengk follower dah 1.5k. So korang join la contest mudah ni. Dapat balik duit yang korang bagi kat MD tu (# $____$ #)


    Tengok banner tu, macam pelangi tak? Weheee, cakap pasal pelangi, ya saya sudah gila. Jangan cakap korang tak perasan blog ni dah berubah, cobaan untuk didecorate bertemakan pelangi. Hasilnya.. Sebuah blog yang akan membuatkan korang muntah pelangi lepas ni. Muahahaha..

    Ni la aktiviti 1 week MD yang lepas sampai terabai schedule menghupdate blog. I know, this is too much 'jambu' kan. Well, people call me peliks but I prefer unique. Tapi seriously, memang aneh pun bila blog kaler-kaler camni blog lelaki sejati. Tambah-tambah yang menggelarkan dirinya Mr Doctor :P

    That's why la, ambil inisiatif meletakkan tagline 'sila jangan confuse, ini blog lelaki' kat header nuh. Harap-harap takda lagi la lepas ni panggil 'sis' dekat saya. Fuhh! songsang tu, nak tengok bukti saya lelaki? Err, tak payah la. **Sila jangan ingat saya nak berlucah di sini, cuma terpikir nak tempek IC kat sini, tapi..


    Anyway Alhamdulillah, masuk kali ni dah kali ketiga berjaya buat template sendiri. Mula dengan yang kaler biru dulu, then hijau (haish politik pulak) dan yang latest ni kaler pelangi. I would love to hear out your opinions. Do leave your comments. Is it ok or should i change it back? 


    Maaf kerana entry ni terlalulah cewi. What? Korang tak tau apa itu 'CEWI'? Ok mughid-mughid, haghi ini kita nak blajaq bahasa utagha. Cewi ni dalam bahasa kolumpoqnya (kuala lumpur) adalah J.A.K.U.N. Ada paham? Hehe, saja ja nak explain sebab my abang ipar taktau kot apa itu cewi. Korang tau? 

    Kelas bersurai~



    P/s : Maaf, ada yang tanya pasal nak tempah edit blog, sorry, saya tak berani. Takut tak cantek. Sori sekali lagi sebab haritu ada kata nak buat tutorial ajar buat template macam ni tapi belum terlaksana. Sabar ya. InshaAllah akan ada nanti.

    Hot Blogs Contest By Manja

    Assalamualaikum


    Fuhh, baru balik dari toilet ni, cuci darah-darah yang keluar dari hidung ni. Sakit? Taklah, cuma terkezut monkey bila tengok contest ni dengan hadiahnya yang... Emm.. Err.. Tak jumpa perkataan yang sesuai untuk meluahkan ke-vogue-kannya. Tengok la seniri..

    First Prize for 3 WINNERS 

    - a pair of contect lens - can choose colours :)
    - Money RM50 
    - Tshirt 
    - Topup RM 30


    Second Prize for 5 WINNERS 

    - Topup RM20
    - Money RM30 
    - Tshirt 


    Third Prize for 10 WINNERS 


    - Topup RM10 
    - Money RM15 
    - Keychain 



    Weee! (# $______$ #)

    Hari ni hari pertama pasang template yang baru siap design ni. Tup tup jumpa pulak contest yang gila gempak yang ditag oleh CCi! Thanks sifu! Nak join la jugak walaupun kepelikan melampaui batas apabila blog seorang lelaki bertemakan kaler Micheal Jackson Kena Halau Balik India Utara ni. Wah! Dok ingat lagi formula susunan nama pelangi since selolah rendah (Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu)

    Ok taknak merepek panjang, kang kena banned pulak oleh penganjur kerana keterlaluan kemerapuan yang ketidakan keterhinggaan (Cikgu BM sila jangan marah)

    So the tag victims are,