Menang Contest lagi!

29 November 2011

Assalamualaikum...

Entry ini ditulis dengan penuh rasa kesyukuran coz MD dah menang lagi contest yang MD masuk. ~lalala. Err, pelempang mau? Bukan menang pun. No 4 ja. Excited lebih. Piraaaaah.

Ah! Tak kisah la. Janji ada gak nombor tu kan. Hehe. Terlajak happy sampai terpaksa curik masa yang sudah macam berlian dah skarang ni coz sibuk sangat. BTW, nak tau contest apa yang MD dapat no 1 plus 3 tu. Ni la dia.

Dan pemenang no 4, MD dapat :

1. sijil
2. RM 10
3. Lens

Ok lepas ni mak mesti pengsan tengok anak dia yang kelabu asap ni tiba-tiba mata biru. Ekceli ni first contest yang dapat hadiah yang MD boleh guna. Sebelum ni ada masuk 2 contests dah. Alhamdulillah, semua contests yang MD masuk ada rezeki. Tapi.....

Yang ni contest first yang MD join dalam sejarah blogging. And thank god dapat no 1. And hadiahnya ialah :

Hadiah mary kay compact pro (unfilled) bernilai RM150. Sangat mahal ok! Tapi, akhirnya harus dihadiahkan kepada ibu tercinta. Takkan MD nak pakai pulak? =__=

The next contest MD join is


Yang ni pulak MD dapat saguhati ja. Dan hadiahnya ialah :


Once again... Ni hadiah orang pompuan la! Taktau mau buat apa dengan benda ni. Korang mau? Hehe.

Anyway, thanks to Allah dapat rezeki dekat dunia blogging ni. Ni bukan riak ok! Cuma nak melahirkan rasa syukur atas nikmat Allah ni. Cewah. Ok la. Mau gerak dulu. Jangan lupa, sebelum submit apa-apa contest baca bismillah dulu tau. Moga-moga rezeki datang dengan keberkatan Illahi. Daaa!

P/s : Hari Khamis ni kenduri kat rumah. Mau melantak banyak2. Ekekeke

Tutorial Letak Icon Comel Dalam Shoutbox

27 November 2011

Assalamualaikum.

MD baru ja edit shoutbox kat sebelah tu dengan icon2 yang cumil betol. ~lalala.



Amacam? Segak kan. Sebelum g baca buku MD buat tutorial pasal benda ni ya. Ok seriously ramai dah tau kot camna nak buat benda ni. So MD buat bagi yang tak tau lagi ok. Coz they say, sharing is caring. Dah cukup la meroyan. Sekarang ni MD nak ajar korang one by one macam mana nak letak icon camtu. 

NOTE : Tutorial ni untuk pengguna shoutmix old version!

1. Pergi kat laman web SHOUTMIX <---click . Lepas login terus gi setting ok!
2. Dekat setting tu, korang klik dekat smiley ya.



3. Then keluar la kotak-kotak untuk diisi macam kat bawah ni.


4. Korang isi la kotak smiley image URL tu dengan direct link gambar icon yang korang nak. Dekat code pulak letak la perkataan apa yang korang nak ganti. Contoh : follow, blogwalking, hai (Masukkan perkataan yang orang selalu guna kat shoutbox korang k)

5. Lepas dah isi korang klik add. Lepas tu dia akan keluar kotak baru pulak. Korang boleh isi lagi dengan perkataan lain. Ingat! maximum 10 ja.

6. Lepas dah isi klik Save settings.


Dah siap. Sekarang korang boleh enjoy dengan shoutbox comel korang. Untuk suggestion icon, korang boleh ambik dekat http://www.myem0.com/. Ada banyak kat sini and comel gila!! Gerumm sungguh tengok. Tapi kat sini takde direct link! So apa yang korang kena untuk dapatkan direct link ialah :

1. Copy code yang dia bagi. Amik yang atas la senang.


2. Korang paste la code tu kat mana-mana dulu. Cth : wordpad.

3. Korang ambik kod bermula daripada SELEPAS perkataan <img src=  sampai la perkataan .gif . Sila tengok contoh ni.


4. Korang copy la code tu untuk dapatkan gambar comel korang.

That's all for the tutorial. Mudah ja kan. Harap korang semua boleh ikut ya. Kalau ada apa-apa kemusykilan boleh la komen k. See you real soon. Daaaa!

4 Things That Keep a Blogger Happy

26 November 2011



















p/s : Korang boleh copy gambar ni tapi please jangan remove watermark. Be honest ok. If you want a freebies click HERE.

Lawak Facebook : Lady Gaga Nasihat Britney Spears, Rihanna dan Katy Perry

24 November 2011

Mr Doctor is a Female?

22 November 2011

Assalamualaikum.

Hye awak, saia mrs doctor yang sukew gileww buat dudle yang omeyy *perasan bangat ni.. pang skali* Anyway, jangan lupew follow titeww taw... cyg awak ketat-ketat... <3

Yuck! Ok geli. Hehe. Nak tau tak, ada orang tu kan...


Nampak tak? Huhu. Dia panggil MD kak. Ekekeke. Tulis entry ni sambil gelak guling-guling. Rasa lawak pulak bila orang ingat MD ni girl. Hehe. Tu yang ayat kat atas tu tulis gugirl habis-habisan. BTW, Tiga kesimpulan yang buleh MD buat ialah :

  • Mungkin typing error kot
  • Memang dia ingat MD ni pompuan
  • Maybe dia orang indon kot. Orang indon kan panggil KAKAK kat abang. hehe
Tu ja la yang terlintas kat kepala otak ni. Oklah. Entry pendek saja malam ni. Ngantok! Kepada si dia di atas, janganla terasa pulak ya. MD gurau-gurau saja. Thanks for cheering up my night. Ok bye.

P/s : Cubaan melukis ala-ala Cik Cempaka at http://doodleliciouss.blogspot.com/. Bila la si dia nak buat kan doodle untuk MD? lalala~~

Contest Cute Dolly atau Doodle

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..

Mau join? KLIK BANNER K.


Contest lagi? Boleh menang ka? Boleh ka melukis? Ok enough...

As you all can see from the title, MD dah join a contest which I have to draw a doodle (not dolly coz it will cause my eyes to pop out from the socket). Susah kot. Tapi digagahkan tangan ni lukis doodle. Ni pun my sis yang encourage me untuk masuk. Seriously, i'm lack of self-esteem.

Ekceli nak cerita sikit la on how I involved in doodles world ni. Penganjur, Cik CCI yang penuh berbakat *bodek itu perlu* tak cakap pun xleh berstory-mory kat sini. So apa lagi, korang kena baca gak la, huhu. Early in this year, my kakak ada la terbukak blog SIFU AMAR and got addicted to her dollydle. Trying to make her happy, I, adik yang baek *puh-leasssss* try my best to make one for her. This is my first ever doodle.

Amacam? Buruk gila kan. Motif kambing? Sebab family kitorang ada bela kambing. Mbekk. Ok dah. Despite the ugliness of the doodle, kakak pun guna doodle ni untuk header blog dia sampai skarang to show her appreciation. *terharu* Wanna see? KLIK.

Sedar diri yang doodle tu huduh, MD pun kerah lagi tenaga ni zahir batin *fulamak* untuk lukis yang lain. Yang kat bawah ni lebih elok dari dulu tapi still tak brapa cantik. Tak tau dah nak wat camna. Tak present gi kat my sis. Hope she likes it. (Tambah-tambah gi kalau boleh menang contest ni....... boleh ka?)

Penat sungguh mau bikin yang ini. Anyway, nak tau sebab pa MD tak sempat tunjuk lagi kat my sis doodle ni? (sila hangguk) Sebab recently she is officially taken by Encik Saifudin, a kaki pancing from Johor.

Looks like he managed to catch my sister's heart. On 4 Nov 2011, at 3:21 pm, he took away my sis. Yup, MD adik yang manja. huhu. Bongsu la katakan. Last but not least, I want to show all of you one more doodle drawn by me!
THEIR WEDDING PICTURE. 

~the end~

P/S : 

1. Jom la ramai2 join contest ni. CCI buat khas untuk doodler newbie cam kita ni. Skali lagi, KLIK kalau mau join. Warning! Jangan terkezut tengok blog CCI yang gila punya cute daa...

2. MD dah follow semua rules yang diberi. Tak payah bukti dah kot. MD kan jujur lagi baik hati dan hensem. *sila jangan muntah*

3. MD saja letak beberapa doodles kat sini. Moga2 CCI akan pilih mana2 yang terbaik. Hadiah dia vogue gila kot. Mau3x... Dah la dapat 1 online certificate blog doodle atau dolly dari CCICUTEDESIGN. Mantap!!!



SKUAD!!! BERSURAI!!!

Doodle For Miss Yuyu Zulaikha

19 November 2011

Assalamualaikum...

Oh no, it's not like what your thinking ok! (Tah  apa2 la. Orang tak cakap pa pon. Perasan) Jika anda kata Miss Yuyu Zulaikha yang famous amos tu request doodle kat MD, maka jawapan korang salah. I definitely amat sangat tahap punya sure yang Miss Yuyu tak pernah datang or dengar pun nama blog MD ni *___*

Doodle ni just for fun MD buat. Petang tadi after Asar MD memang ngantukkk gila gila. Disebabkan tidur lepas asar tu tak baek, MD decided nak wat dudle la. But for who? Blogwalking sana-sini.... At last, I realised that there is one name keep appearing in bloggers' sidebars with title like these:

  • Gadis Chantekk
  • Blog Best
  • Mereka Cool
  • Jom Usha
  • My Bloglist
Ok she's awesome. A simple, nice, and relaxing blog to be visited. That's why I chosed her. But today, she had a bad day (Ckick for  the entry). With all the problems like that, semua orang pun akan depressed kot. Enough with words already. Lets see what MD dah buat untuk Miss Yuyu ni. Check it out!

Dengan berbekalkan gambar ini yang dicurik dari facebook beliau (Sorry!)... Terhasillah doodle ni..

----------------------------------------

----------------------------------------

----------------------------------------
LOADING....
----------------------------------------

----------------------------------------

----------------------------------------

----------------------------------------
LOADING.......
----------------------------------------

----------------------------------------

----------------------------------------



OK GEDIK!! Tunjuk ja la ya...


Ok I know that my drawing isn't so pretty.. Tp ada la iras2 kan macam gambar sebenar. Kan kan kan (Sila hangguk-hangguk)

Hope you like it Miss Yuyu. I made it just for you. BTW, I love this quote very much, hope you like it too. Jangan sedih-sedih ok ^___^

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberikan kita pelangi"

P/s : Agak-agak la kan, will she read this entry? 

Freebies! Doodles For Girls.

14 November 2011

Assalamualaikum.

Dear readers, MD is feeling so elated as my followers has reached 0.1k ^___^* Ek eleh.. Baru 100 dah gedik. Huhu. Oleh sebab ingin meringankan stress dalam otak ni, MD dah lukis beberapa doodles yang emmmm (tak brapa comel kot.. X reti r) Tapi kalau ada yang nak ambik, i would be so pleased. Thanks ya follow blog yang tak seberapa ni.

Anyway, klik la sekali iklan burung kat sebelah tu. Kasi duit belanja sikit kat MD. Jangan lupa komen skali tau! Ok sudah cukup melalut. Nah ambik la dodol2 ni. Jangan rebut2. Ka xde pun yang sudi ambil =(* Ambil ja la ya. Ikut suka la nak buat apa, print kat kertas nasi lemak pun xpa. huhu.








Ok. Banyak ni ja yang MD boleh buat. Sori ya MD tak pandai pilih kaler. Emmm.. Jangan lupa klik iklan MD  tau. Suka x doodles ni? Suka itu LIKE. Faham tak maksud yang tersembunyi tu. Ok shadap and berenti merepek. K lah lepas ni MD susah sikit nak update kot. Sebok and banyak komitmen lain. Kenduri sis MD pun da dekat. Jom terjah blog sis MD, PUAN SCHAKEYRA!

Semua boleh bersurai. Nanti kalau ada masa MD buat pulak doodles yang free hair and boys. Daa. Assalamualaikum. 

Pakai Tudung Merupakan Satu Kesalahan!

11 November 2011

Bismillahirrahmanirrahim and Assalamualaikum..

Wooo... Stop it right there! Nak pegi mana tu? Call polis? Pejabat agama? Ada kes ajaran sesat kat sini. No lah. Habistu napa ko buat tajuk pakai tudung tu salah? Ok let me explain panjang lebar. Entry ni special Mr Doctor buat untuk adik manis cantik gorgeus lawa lagi bergaya kat luar sana. Yang rupa sedang2 pun sila turut sama perasan k. (senyum panjang-panjang ye =) The most important thing is, janganla marah, terasa hati or melenting tau. Just santai-santai and relax k. Chill ^___^

Bagi mengelakkan kebosanan, MD lukis some doodles yang buruk sehhh untuk tatapan korang semua. So kat sini ada list 10 kesalahan bertudung yang agak ketara la skang ni. Bukan pakai tudung tu salah! Tapi cara dia x brapa kena la. Tak kawww lagi. Ok merapu sudah.. Lebih tepat jika tajuk tu ditulis pakai tudung merupakan satu kesalahan jika (dotdotdot) Everybody! Duduk diam-diam, we'll gonna see one by one the problems in wearing jilbab nowadays.. Focus on the pic!


Scanning........... Problem detected!!! (Cewah ala-ala mesin canggeh gitu)
Problem : Tudung singkat (Tak tutup dada la)
Status : Badly influenced

Scanning......... Problem detected!!!
Problem : Pakai tudung dengan baju lengan singkat
Status : Badly influenced

Scanning.......... Problem detected!!!
Problem : Processor tekeliru doodle ni ngan hantu kak limah. Mekap dah overlimit.
Status : Badly influenced (terutama dlm kalangan teenager yang bajet supermodel)

Scanning........... Problem detected!!!
Problem : Brain tumor! Eh silap.. Sanggul menggunung
Status: A new trend that had getting worst (siap pakai mangkuk lagi)

Scanning........... Problem detected!!!
Problem : Rambut detected (Lebih sedap dipanggil jambul..huhu)
Status : Banyak menyerang kaum datin and artist
Problem location : Selalu kelihatan bila artis or datin ke mahkamah syariah or kubur. peace

Scanning........... Problem detected!!!
Problem : Pakai tudung tapi baju singkat (Aiyaa, punggung adik manyak besar maaa)
Status : Uncontrollable

Scanning........... Problem detected!!!
Problem : Pakai tudung tapi legging (Tau la kaki kechik pon)
Stattus : New trend

Scanning........... Problem detected!!!
Problem : Tudung dah labuh tapi tarak stokin lor.
Status : Uih! Buleh bilang sapa yang pakai stokin.

Scanning........... Problem detected!!!
Problem : Pakai tudung la adik. Bukan serban (nampak neck)
Status : Newly virus

Scanning........... Problem detected!!!
Problem : Tudung sudah ada tapi baju kenapa jarang tu?
Status : New trend

************************************

There! Ada seploh dah kat atas. Tapi manyak lagi sebenarnya. Ekceli bukannya nak suruh korang ubah 100% jadi ustazah. No lah. Korang dah pakai tudung tu kira tersangat ok la tu. Just nak upgrade sikit ja. Bukan Mr Doctor nak paksa-paksa. Do it for Allah K. Done for this topic!

P/S : 

Baru perasan follower berkurangan. Ada orang unfollow. Wuuuuu. Sebab tu la MD update blog harini. =(

Err, ok tak doodle tu? Sapa nak angkat tangan! Uih ramainya. Ok shadap. Jangan perasan sendiri. Lukis pun cam budak tadika. Tapi ada yang thumbs up? Ada kan (Sila hangguk).. Kalau korang hangguk nanti MD lukis lagi kasi freebies kat semua. Yang kat atas tu dah ada watermark la. Okbai! Boleh bersurai.

Contest Mari Berpantun

04 November 2011

Assalamualaikum..

Err, memandangkan idea kering kontang nak hapdet blog, join contest pun Ok gak. Lets join pal!


Kalau nak join jugak klik banner ya!!


Pantun Tradisional Lama

Merafak sembah hamba zahirkan,
Menangguk kasih semanis kiasan,
Salam muhibbah bersama hulurkan,
Pembuka madah bersulam kiasan.

Saudari ngokngek buka gelanggang,
Bertaji pantun eratkan ukhuwah,
Dalam mengisi masa nan senggang,
Isi hatiku ingin dicurah.

Kalau tak kenal maka tak cinta,
Mari berjabat beramah mesra,
Bakal menyambut hari bahagia,
Ayuh semua panjatkan doa.

Penghibur lara pantun secangkir,
Saudari Ngokngek hendak ku tuju,
Ikhlas di hati pantun kuukir,
Moga menjadi penyeri harimu.

Megah berdiri bergelar isteri,
Bunga berbisa penuh berharga,
Menggegar petala langit dan bumi,
Coretan mayamu menaung dunia.

Andainya bulan jatuh ke riba,
Itu petanda rezeki menyapa,
Medan berpantun hamba mencuba,
Siapa tahu tuah menerpa.

Anak gahara mengundur diri,
Assalamualaikum lafaz kurnia,
Usah bersedih duhai puteri,
Hari lahirmu dikenang dunia.
Pantun Moden Ngokngek

Hola semua salam sehjahtera,
Welcome to my blog brader dan sistah,
Aku meroyan tulis sastera,
Pada yang baca jangan termuntah.

Aku boring tengah blogwalking,
Sampai meleleh air liur basi,
Terjumpa pula blog happening,
Kontest berpantun aku sertai.

Si Minah Ngongek sapa tak tahu.
Hot gila-gila bak Miss American.
Birthday girl kita duduk menunggu,
Jom la pi wish bagi dia perasan.

Kutulis pantun sampai berjambang,
Susah bebenor nak join kontest ni,
Demi Minah ngokngek gagah kugebang,
Agar dia rasa terus dihargaai.

Minah ngokngek bini orang,
Puji melebih nanti kena ligan,
Syok gila baca blog dia karang,
Boleh buat semua orang gian.

Ku perah otak bagai nak gila,
Mau hadiah deezeeshop blog nak beri,
Kalau tak menang nak buat camana,
Aku merajuk lari bunuh diri.

Tangan kematu penat mengarang,
Ottaku sewel tengok komputer lama,
B'day Minah Ngokngek x sambut sorang,
Satu Malaysia menyambut sama.


Adeh.. Peliks la bila buat pantun.. Moga2 diterima.. ^__^ Join la semua. Syarat2 dia ni ja.


1. mestilah jadi follower minah ngokngek & deezeeshop blog(deezeeshop penaja hadiah)
2. buat satu entry khas bertajuk CONTEST MARI BERPANTUN berserta serangkap pantun yang ada perkataan minahngokngek (2 kerat, 4 kerat, 8 kerat....jangan sekerat dahla....hehehe)
3. copy gambar di atas dan linkkan ke entry ni
4. copy url entry korang & paste kat ruang komen entry ni
5. tarikh tutup adalah pada 5 November 2011
6. pemenang akan dipilih berdasarkan pantun yang paling best & kreatif

p/s : Minah Ngokngek anjurkan contest ni because she's gonna celebrate her birthday! Sebelum terlupa..